LAPORAN LAWATAN CART KE JEPUN 6-11 JUN 2026

Pada Jun 2026, empat orang penyelidik dari Community Architecture Research Team (CART), dari Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan masing masing seorang penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Perhutanan UPM, telah dijemput oleh Kazu Architect Office Co., Ltd. untuk menyertai satu inisiatif kerjasama penyelidikan dan pembangunan teknologi pembinaan perumahan antara Jepun dan Malaysia. Penglibatan ini merupakan sebahagian daripada Projek Sokongan Tahun Kewangan 2026 (FY2026) bagi Pengembangan Antarabangsa Teknologi Pembinaan Perumahan yang berkaitan dengan penambahbaikan persekitaran perniagaan.

Melalui inisiatif tersebut, kumpulan penyelidik ini telah diberi peluang untuk menyertai Jawatankuasa Penyelidikan Bersama Jepun–Malaysia (Japan–Malaysia Joint Research Committee) yang ditubuhkan bagi menyokong pelaksanaan projek berkenaan. Jawatankuasa ini berfungsi sebagai platform pertukaran ilmu, pengalaman dan kepakaran antara pihak industri, akademia serta agensi berkaitan dari kedua-dua negara.

Fokus utama projek adalah terhadap pembangunan teknologi pembinaan perumahan dan sistem pembinaan berasaskan kayu, khususnya dalam konteks peluasan kerjasama antarabangsa yang disokong oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT). Melalui penyertaan ini, kumpulan ini berperanan menyumbang pandangan akademik, menjalankan perbincangan teknikal, menilai potensi pemindahan teknologi, serta meneroka peluang kerjasama penyelidikan yang boleh diaplikasikan dalam konteks pembangunan industri pembinaan Malaysia.

Sepanjang lawatan dan siri perbincangan yang diadakan, kumpulan penyelidik ini telah berinteraksi dengan pelbagai pihak industri Jepun yang terlibat dalam reka bentuk, pengilangan komponen bangunan, sistem pembinaan pratuang dan pembinaan kayu moden. Penglibatan ini membolehkan mereka memahami amalan terbaik industri Jepun, khususnya dalam aspek pembinaan kayu berprestasi tinggi, automasi pengeluaran, pembinaan modular serta kelestarian dalam sektor perumahan.

Secara keseluruhannya, penyertaan kumpulan penyelidik UPM dalam projek ini bertujuan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi dan inovasi pembinaan. Inisiatif ini juga membuka peluang kepada pembangunan projek bersama pada masa hadapan, termasuk penyelidikan berkaitan pembinaan kayu, penilaian kitar hayat bangunan, pembinaan modular dan teknologi perumahan mampan yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

PENGENALAN

Sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan jaringan akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa, Sekumpulan penyelidik dari Collaborative Architecture Research Team (CART), Jabatan Senibina Fakulti Rekabentuk dan Senibina , Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berada di Jepun bagi satu siri lawatan akademik dan industri dari 6 hingga 11 Jun 2026. Lawatan ini merupakan hasil dari beberapa pertemuan yang diaturkan oleh Prof Norhisham Misron dari Fakulti Kejuruteraan dengan satu delegasi industri dari Jepun. Mereka terdiri dari Kazu Architect yang sedang meneroka potensi kerjasama di dalam bidang pembinaan kayu di Malaysia.

 Atas jemputan rasmi rakan industri di Jepun tersebut, serta dengan sokongan dana Kerajaan Jepun melalui Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, delegasi ini membawa misi yang lebih besar daripada sekadar lawatan teknikal. Ia merupakan satu usaha untuk membina hubungan yang bermakna antara akademia, industri dan komuniti penyelidikan kedua-dua negara dalam bidang pembinaan berasaskan kayu, teknologi perumahan mampan dan inovasi bahan binaan masa hadapan.

 Sepanjang program, delegasi turut berpeluang meninjau secara langsung ekosistem pembinaan kayu Jepun melalui lawatan ke makmal penyelidikan, kilang pemprosesan kayu berteknologi tinggi, hutan pengeluaran Hinoki, projek bangunan tenaga sifar (Zero Energy Buildings), serta beberapa universiti dan syarikat yang menerajui inovasi dalam sektor perkayuan.

 CART diwakili oleh Prof Madya Dr Mohamad Fakri Zaky yang bertindak sebagai Ketua delegasi, Dr Wan Srihani, Dr Sarah dan Dr Nurin Mansoor dari Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM. Bagi memperkukuh pendekatan rentas disiplin, Team CART turut menjemput Prof. Dr. Norhisham Misron dari Fakulti Kejuruteraan dan Dr. Adlin Sabrina Mohamad Rosely dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar sebagai rakan strategik dalaman UPM. Penglibatan pelbagai bidang kepakaran ini mencerminkan komitmen UPM dalam membangunkan penyelesaian holistik yang menghubungkan aspek reka bentuk, teknologi, bahan dan kelestarian.

Lebih penting daripada itu, lawatan ini menjadi platform untuk membina kepercayaan, berkongsi pengalaman, dan mencari titik pertemuan antara kekuatan Malaysia dan Jepun dalam membangunkan masa depan industri perkayuan yang lebih lestari dan berimpak tinggi.

Semoga jaringan yang sedang dibina ini menjadi asas kepada kerjasama jangka panjang yang mampu menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia, memperkukuh kedudukan UPM di persada antarabangsa, serta memberi manfaat nyata kepada masyarakat, industri dan generasi akan datang.

 Hari pertama (6hb Jun 2026)

Setibanya di LT Kansai, sebuah bas telah menunggu kami, kami dijemput oleh Encik Aoki dan CIk Harada dari Kazu Architect, dan Encik Koji Tanaguchi dan Chiho Asada, staf Yamato Juken. Dengan Bas kami menuju ke Izumiotsu.dan tiba di makmal sekitar jam 8 pagi.

Makmal Yamato Juken di Izumiotsu.

 CART dibawa melawat ke makmal penyelidikan pembinaan kayu Yamato Juken di cawangannya di Izumiotsu, Kobe. Syarikat ini adalah syarikat pembinaan yang membina rumah kayu untuk rakyat Jepun, dengan berfocus pada 'custom built'. Syarikat ini mempunyai rekod cemerlang dalam pembangunan perumahan cekap tenaga, dengan menerima anugerah berprestij House of the Year in Energy selama 15 tahun berturut-turut sehingga tahun 2024. Syarikat ini juga telah beberapa kali dianugerahkan Grand Prize (大賞), yang mencerminkan kecemerlangan berterusan dalam prestasi tenaga bagi bangunan kediaman. Selain itu, syarikat ini turut menerima Energy Conservation Grand Prize (省エネ大賞), iaitu anugerah berprestij yang disokong oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI), sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang dalam pemuliharaan tenaga serta amalan pembinaan mampan.. Semasa lawatan, pendedahan tentang penyelidikan jimat tenaga, tahan gempa dan bahan hijau diberikan.

A group of people standing in front of a small house

Description automatically generated  A group of people watching a bird in a cage

Description automatically generated

 

Selepas itu rombongan dibawa melawat ke sebuah rumah contoh tidak jauh dari makmal tersebut di Sakai city. Rumah ini telah siap di bina, dan dibuka untuk jualan.

 

Selesai lawatan kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran vegan yang exotic, berkonsepkan rumah tradisi jepun dan laman jepun.

 
 

 Selesai makan kami bergerak ke Matsumoto untuk tujuan check in Hotel. Kami memulakan perjalanan dari Shin-Osaka menuju ke Matsumoto. Dari Stesen Shin-Osaka, kami menaiki kereta api laju Shinkansen Nozomi 258 yang berlepas tepat pada jam 3.00 petang. Perjalanan bermula dengan lancar dan pantas merentasi kawasan Kansai menuju ke Nagoya.

Kira-kira 50 minit kemudian, pada jam 3.50 petang, kami tiba di Nagoya. Di sini, kami membuat pertukaran ke laluan Chūō untuk meneruskan perjalanan ke Matsumoto. Selepas meninggalkan kesibukan bandar besar Nagoya, pemandangan sepanjang perjalanan mula berubah. Bangunan-bangunan tinggi semakin berkurangan dan digantikan dengan kawasan luar bandar, sawah, sungai serta banjaran gunung yang semakin menghampiri.

Kereta api bergerak menyusuri Lembah Kiso yang terkenal, melalui bandar-bandar kecil dan perkampungan yang terletak di celah-celah gunung. Semakin jauh memasuki wilayah Nagano, suasana menjadi lebih tenang dan nyaman. Hutan-hutan menghijau, sungai yang jernih dan pemandangan gunung memberikan gambaran awal tentang hubungan rapat masyarakat Jepun dengan alam semula jadi serta sumber kayu yang menjadi asas kepada banyak tradisi pembinaan mereka. Perjalanan sejauh lebih 300 kilometer dari Osaka itu bukan sekadar perpindahan dari satu bandar ke bandar yang lain, tetapi juga satu peralihan daripada suasana metropolitan Jepun kepada kawasan yang lebih dekat dengan alam. Di sinilah bermulanya program lawatan kami bersama rakan-rakan industri dan akademia Jepun bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang pembinaan kayu antara Malaysia dan Jepun.

Menjelang pukul 5 petang, kami tiba di Stesen Matsumoto, sebuah bandar yang dikelilingi oleh Alps Jepun dan terkenal dengan warisan seni bina serta industri perkayuannya.  Kami bergegas ke sebuah tempat menyewa kereta tidak jauh dari Stesen. Encik Aoki menyewa 2 buah MPV untuk kami. Namun selepas kereta di perolehi, dan beg besar dimuatkan, rombongan memilih untuk berjalan kaki ke restoran sushi yang telah ditempah awal oleh Aoki.

    

Selesai makan kami melangkah pulang dengan berjalan kaki. Kami sempat singgah di Matsumoto Castle. Matsumoto Castle ialah antara istana tertua dan paling terpelihara di Jepun, dibina pada akhir abad ke-16 semasa era Sengoku. Dikenali sebagai Karasu-jō (Istana Gagak Hitam) kerana warna luarnya yang gelap, ia merupakan salah satu daripada hanya beberapa istana asal Jepun yang masih mengekalkan struktur kayu dan menara utama (tenshu) yang autentik. Dikelilingi parit air dengan latar belakang Pergunungan Alps Jepun, istana ini menjadi simbol bandar Matsumoto dan warisan sejarah Nagano.

A group of people standing next to a building

Description automatically generated A building in the distance at night

Description automatically generated

Hari Kedua (7hb Jun 2026: Hutan Akasawa-Narai Juku-Kazu Architect)

Hutan rekreasi dan spa Asakawa

Kami meninggalkan hotel seawal jam 6 pagi dan dengan menaiki 2 buah kenderaan MPV yang disewa, kami bergerak Hutan Akasawa (Akasawa Natural Recreational Forest) yang terletak di Lembah Kiso, di bahagian selatan Wilayah Nagano, Jepun, berhampiran bandar Agematsu. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam, dengan satu persinggahan di rnr dilereng gunung, Kami tiba sekitar jam 8 pagi di pondok pengawal hutan tersebut.

A group of people on a bridge

Description automatically generated    A group of people standing in a forest

Description automatically generated

Hutan ini berada kira-kira 45 minit perjalanan bas dari Stesen Kiso-Fukushima dan terletak di kawasan pergunungan antara Matsumoto dan Nagoya.

Hutan ini terkenal kerana:

  • · Menjadi tempat kelahiran konsep Shinrin-yoku (mandi hutan atau forest bathing) di Jepun.
  • · Menempatkan pokok Kiso Hinoki (sipres Jepun) yang berusia sehingga 300 tahun.
  • · Diiktiraf sebagai salah satu hutan yang paling indah di Jepun.
  • Mempunyai Akasawa Forest Railway, iaitu landasan kereta api balak bersejarah yang kini dipelihara dan boleh dinaiki oleh pengunjung.

 

A group of people posing for a photo in the woods

Description automatically generated

Kami tiba jam 8 pagi. Seorang jurupandu ditempah. Kami bermula dengan sesi penerangan ringkas di Pusat Pelawat yang terletak bersebelahan sebuah Sungai jernih. Dari sudut penyelidikan kayu dan seni bina, Hutan Akasawa amat penting kerana hutan Kiso Hinoki telah diurus secara lestari selama berabad-abad. Kayu daripada hutan ini digunakan dalam pembinaan pelbagai bangunan bersejarah Jepun, termasuk kerja-kerja pembinaan semula Ise Grand Shrine.

Menurut penerangan jurupandu kami, hutan ini dulu telah ditebang untuk balak. Masih terdapat tinggalan pembalakan, iaitu landasan keretapi. Kemudian ia diperlihara semula, dan dihentikan aktiviti pembalakan. Kini balak hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan khas membina kuil shinto atau menggantikan kayu kuil.

Kelihatannya hutan ini sangat dijaga rapi. Terdapat sungai yang jernih didalamnya. Semasa trekking, kami terserrempak dengan kumpulan yang sedang menjalani sesi forest spa. Mereka hanya berbaring di lantai hutan, mata tertutup dan hanya mengaktifkan deria telinga untuk mendengar bunyi hutan.

Hitan ini dipenuhi balak jenis Hinoki, manakala species ??? pula merupakan spesis yang agak invasif dan akan menggantikan kayu Hinoki pada masa hadapan.

Dihutan ini terdapat beruang, namun mereka mengajar cara untuk mengelakkan gangguan beruang, seperti membuat bunyi bising, atau membawa loceng yang disangkut pada beg.

Trekking kami mengambil masa kira2 1.5 jam. Semasa kami meninggal kan hutan tersebut, kami singgah di suatu logyard yang kami lihat semasa memasuki kawasan hutan. Menurut Aoki, penebangan ini adalah di tanah persendirian. Kayu balak jepun dihadkan kepada potongan 4 meter sahaja kerana untuk mengelakkan pengangkutan yang panjang. Tiada orang ditemui dan kami hanya melihat dari luar.

Seterusnya kami dibawa makan tengahari ke sebuah restoran Soba yang terkemuka di Matsumoto. Kami tiba sekitar jam 11 pagi. Aoki menerangkan bahawa Matsumoto Adalah daerah asal soba yan gkini menjadi makanan tradisi seluruh Jepun.

 Narai-juku

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Naraijuku, sebuah bandar lama yang dahulunya berfungsi sebagai bandar persinggahan di antara Kyoto dan Edo (nama lama bagi Toyo). Kami tiba pada pukul 1 tengahari. Disini dilihat deretan rumah dan kedai kayu yang dibina sejak beratus tahun dahulu. Dikatakan Maharaja Jepun pernah menginap di sini. Kami dibawa oleh Aoki ke rumah rehat tersebut yang merupakan topik kajian disertasi semasa dia belajar senibina peringkat pra siswazah dahulu. Kesemua rumah ini hanya dia tingkat. Sebahagiannya masih didiami. Kebanyakannya telah ditukar menjadi café, rumah inap dan kedai cenderahati. Kelihatan pelancong dalaman lebih ramai dari pelancong luar.

   

Narai-juku merupakan sebuah pekan persinggahan bersejarah di Lembah Kiso, Wilayah Nagano, Jepun. Pekan ini berkembang pesat pada zaman Edo (1603–1868) sebagai salah satu daripada 69 stesen persinggahan di sepanjang laluan Nakasendo, iaitu jalan utama yang menghubungkan Kyoto dengan Edo (Tokyo hari ini). Narai terletak hampir tepat di pertengahan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut, menjadikannya tempat rehat yang penting bagi pedagang, samurai, pegawai kerajaan dan pengembara.

A group of people posing for a photo

Description automatically generated

Narai-juku dikenali sebagai "Narai Senken" (Narai Seribu Rumah) kerana kemakmurannya dan jumlah rumah tumpangan serta kedai yang banyak. Ia merupakan pekan persinggahan paling makmur di Lembah Kiso dan antara yang terbesar di sepanjang laluan Nakasendo.

Hari ini, Narai-juku masih mengekalkan deretan bangunan kayu tradisional sepanjang kira-kira satu kilometer. Banyak rumah, kedai, penginapan dan bengkel kraf masih beroperasi dalam bangunan asal yang berusia ratusan tahun. Oleh sebab tahap pemuliharaannya yang sangat baik, Narai-juku telah diiktiraf sebagai kawasan pemeliharaan penting bangunan bersejarah Jepun.

Kami bergerak meninggalkan Narai Juku sekitar jam 2.15 ptg

Pejabat Arkitek Kazu

2.45 ptg kami tiba di Pejabat arkitek Kazu, yang berpusat di Shiojiri city. Ia diasaskan pada tahun 2000. Fokusnya ialah senibina kayu dengan kayu yang diimpot dari kanada terutamanya cedar Kini mempunyai 6 pekerja, seorang Arkitek kelas pertama dan seorang kelas kedua. Bermula dengan membuat project infra dan menara tinggi. Arkitek Kazu agak unik kerana selain dari merekabentuk bangunan, mereka juga membuat penyelidikan dan penerbitan. Bangunan pejabat mereka sendiri dibina seluruhnya dari Kayu. Glulam digunakan untuk rangka bumbung.

  

Perbincangan dengan CART menjurus kepada sebuah rumah prototaip berkeluasan 650 k.p.  dana yang dicadangkan mungkin dari JICA atau yayasan Toray. Dr Wan srihani mempersembahkan projek RTA dan kerjasama dengan Bali. Seminar kerjasama ini dirancang pada bulan Januari 2027.

Selesai perbincangan kami bergerak ke Matsumoto semula dan dibawa ke sebuah restoran makanan barat di Matsumoto, seterusnya kami kembali ke hotel Celecton.

Hari Ke tiga (8hb Jun 2026): Shinsu University

 Seawal jam 6 pagi kami telah bersiap check out meninggalkan hotel. Saya berbaju melayu hitam bersampin songket untuk memberi pembentangan kepada pelajar Shinsu university nanti. Kami ke stesen Matsumoto dan sempat bergambar dengan arca Godzilla -1.0. Stesen matsumoto meraikan filem tersebut kerana pengarahnya berasal dari Matsumoto.

Seterusnya kami menaiki keretapi Shinano 1 tepat pukul 9.09 minit menuju ke Nagano dengan menggunakan JR East Line Limited Express. Kami tiba di stesen Nagano pada pukul 10.03 minit. Diluar stesen ada 2 kenderaan talah menunggu kami untuk membawa kami ke University Shinsu. Setibanya Di Shinsu university Dr Zaky sedar tentang kehilangan dompet yang mengandungi Mykad, kad ATM dan Kad Kredit, Lesen memandu lama serta Kad staf UPM. Saya telah memaklumkan kepada Yokobayashi, staf kazu Architect. Beliau telah menghubungi Syarikat keretapi untuk mengambil tindakan.

 Unversitiy Shinsu

Kami tiba di Shinshu University pada 10.15 pagi. Shinsu mempunyai program seni bina di bawah Fakulti Kejuruteraan dan juga di peringkat Siswazah Sains dan Teknologi. Program ini agak unik kerana menggabungkan reka bentuk seni bina dengan kejuruteraan struktur, alam sekitar binaan, perancangan bandar, dan teknologi pembinaan.

Sesi pertama bermula dengan perbincangan antara anggota rombongan dan pensyarah Shinsu Unviersity. Pembentangan dibuat oleh Professor Hideki Takamura yang membentangkan tentang peneyleidikan LCC02, iaitu Life Cycle Carbon untuk Pembinaan Kayu. Dr Sakura pula membntangkan tentang self build space untuk komuniti.

A person giving a presentation to a group of people

Description automatically generated  

  

Kemudian kami diberi makan tengahari dalam bentuk paket Obento. Pada pukul 11.30 pagi.

Selepas makan tengahari dan solat, sesi pembentangan team UPM dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh Dekan fakulti Kejuruteraan, iaitu Professor Dr Mizue Kayama, dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Komputer. Selepas ucapan, ketua delegasi telah menyampaikan cenderahati kepada Professor Mizue.

A person and person holding a piece of paper

Description automatically generated

Seterusnya sesi pembentangan bermula dengan pembentangan syarahan 15 minit setiap seorang. Tajuk Pembentangan adalah seperti berikut. Dr Zaky - The Malay World in Timber — Philosophy, Technology, and the Future of a Living Tradition. Diakhir pembentangan Dr. Zaky mendeklamasikan dan berkongsi sebuah sajak yang dikarangnya pada 2024 bertajuk “rumah Atuk” sebagai penerangan falsafah disebalik senibina rumah Melayu. Dr Wan Srihani membentangkan  – “ From Shelter to Settlement Learning: The Evolution of Teratak Semai through SelfHelp Construction and Incremental Spatial Planning , Dr Nurin Mansoor – “ Beyond Shelter : Designing Resilient and Low-Carbon Homes in Tropical Malaysia”, Dr Sarah Herman – “Mokuzou Malaysia: The "Carbon Power-bank". Dr Adlin Sabrina  Binti Muhammmad Roseley – “ Malaysia’s Forestry Sector and the Future of Engineered Wood Products from FastGrowing Plantation Species”

  A person giving a presentation

Description automatically generated

  

Seterusnya, sesi dialog antara delgasi dan dan ahli fakulti serta pelajar2 senibina berlansung. Berbagai perkara dibincangkan dengan beberapa soalan dikemukakan poleh pelajar dan pensyarah Shinsu.

A group of people in a classroom

Description automatically generated    A group of people sitting at desks in a classroom

Description automatically generated

Pada jam 16.45, kami menamatkan sesi di bawah urusan Universiti Shinshu. Pada jam 17.05, kami bertolak menaiki Shinkansen Hakutaka 566 menuju ke Tokyo. Selepas perjalanan selama kira-kira 90 minit, kami tiba di Stesen Tokyo pada jam 18.28 dan membuat pertukaran tren. Pada jam 19.03, kami meneruskan perjalanan dengan Shinkansen Hikari 721 menuju ke Shizuoka. Setelah perjalanan selama kira-kira satu jam, kami tiba di Stesen Shizuoka pada jam 20.02. Seterusnya, pada jam 20.15 kami mendaftar masuk di Hotel Associa Shizuoka untuk penginapan selama dua malam. Pada jam 20.00, kami bergerak untuk makan malam di restoran  Marudai, restoran Jepun berdekatan hotel.

 

Hari Ke 4 (9hb Jun 2026) (Polus Tec-Shizuoka University)

Polus Tec Factory, Fuji

Selepas sarapan di café Hotel, kami dibawa dengan bas sewa menuju ke Polus Tec Fuji Factory di 3800-7 Obuhi, Fuji City, Shizuoka Prefecture 417-0801. Polu Tec adalah sebuah kilang pemprosesan kayu pra-potong yang merupakan antara kemudahan pengeluaran terbesar dalam industri pembinaan kayu Jepun. Lawatan memberi pendedahan kepada penggunaan automasi, robotik dan teknologi digital dalam penyediaan komponen struktur kayu yang berketepatan tinggi. Pendekatan perindustrian ini membolehkan pembinaan bangunan kayu dilaksanakan dengan lebih cepat, cekap dan berkualiti, sekali gus menunjukkan evolusi teknologi pembinaan kayu moden di Jepun.

Delegasi telah disambut oleh beberapa wakil daripada Kumpulan POLUS yang terlibat dalam operasi pembinaan dan teknologi pembinaan syarikat tersebut. Antara yang hadir ialah Tomoyuki Danbo, Pengurus Cawangan, yang bertanggungjawab menyelaras operasi dan pengurusan cawangan. Turut hadir ialah Naotaka Hara, Ketua Seksyen Pembinaan, yang memberi penerangan berkaitan aktiviti pembinaan dan operasi teknikal syarikat. Delegasi juga disambut oleh Kimihiro Yazama daripada POLUS-TEC Co., Ltd., yang berkongsi maklumat mengenai aspek teknologi dan pengeluaran yang diamalkan oleh syarikat. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen POLUS dalam mengeratkan hubungan kerjasama serta pertukaran ilmu dengan delegasi yang berkunjung.

Delegasi diberi penerangan terlebih dahulu tentang latarbelakang Polus Tec. Kemudian kami dibawa ke ruang kilang di mana aktiviti pemotongan, pemasangan, fabrikasi berlaku. Kami dbekalkan dengan Jaket dan topi keselamatan dan alat pendengaran untuk penterjemah memberi penerangan kerana suasan kilnag agak bising. Kami mendapati mereka masih mengimpot kayu glulam dari luar negara. Kayu glulam ini diperlukan kerana terdapat elemen precut yang memerlukan pemotongan yang agak rumit bagi pemasangan sendi penyambung keluli.

Tiang standard yang mereka hasilkan berukuran 150x150x7500mm, manakala gelegar pula bersaiz 150x600x10000mm. Secara umumnya mereka boleh menghantar komponen sebuah rumah yang lengkap dalam anggaran 20 meter isipadu. Mereka pernah mengeksport rumah ke taiwan, Myanmar dan beberapa negara lain. Menariknya merka mempunyai sekolah vokasional di myanmar yang mengajar tekknik perkayuan Jepun yang diperlukan bagi memasang rumah yang dibuat di Polus Tec. Ia tidak boleh menggunakan kayu biasa yang mempunyai knot dan kecacatan lain. Sendi pemasangan Keluli diimpot dari kilang lain di sekitar jepun. Diakihir sesi kami telah diberi beberapa sendi keluli ini sebagai cenderahati.

A group of people in a classroom

Description automatically generated  A group of people in safety vests and hard hats

Description automatically generated

A group of people posing for a photo

Description automatically generated  A group of people standing around a box

Description automatically generated

A group of people wearing hard hats

Description automatically generated  A group of people wearing safety vests and helmets

Description automatically generated


Universiti SHizuoka

Pada pukul 11.00 pagi. Kami menaiki bas yang disewa menuju ke Universiti Shizuoka. Lawatan ke Fakulti Pertanian (dimana kami dibawa melawat) bermula jam 1 tgh. Pada jam 1.00 petang, delegasi telah menghadiri lawatan teknikal ke Fakulti Pertanian, Universiti Shizuoka yang terletak di Suruga-ku, Shizuoka. Delegasi disambut oleh para profesor Universiti Shizuoka serta wakil daripada syarikat Suzuyo bagi sesi perkongsian dan perbincangan akademik. Kami diberi Lunch box bento untuk makan tengahari.

Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai pembangunan teknologi bahan penebat (insulation material technology), khususnya penyelidikan berkaitan bahan berasaskan biojisim dan sumber semula jadi. Delegasi kemudiannya dibawa meninjau kemudahan penyelidikan dan makmal yang terlibat dalam pembangunan teknologi tersebut.

A couple of men standing in a classroom

Description automatically generated   A group of people sitting around a table

Description automatically generated

A group of people standing around a person looking at a water fountain

Description automatically generated   A group of people in a lab

Description automatically generated

A group of people standing in front of a building

Description automatically generated

Sesi diteruskan dengan perbincangan dan semakan kandungan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh pihak universiti. Perbincangan melibatkan potensi kerjasama penyelidikan, pembangunan teknologi bahan binaan lestari, serta pertukaran kepakaran antara institusi. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Prof. Yoichi Kojima dan Prof. Madya Hikaru Kobori dari Jabatan Sains Biosumber, Universiti Shizuoka. Antara yang menarik ialah pembangunan teknologi binderless board, iaitu papan serat yang menggunakan nanocellulose sebagai bahan pengikat oleh Dr Kobori.

Lawatan ini memberikan pendedahan kepada usaha penyelidikan Jepun dalam memanfaatkan sumber biojisim dan teknologi bahan binaan mampan, di samping membuka ruang kerjasama akademik dan industri pada masa hadapan.

Pada jam 5.00 petang, delegasi berjalan kaki selama kira-kira 10 minit ke hentian bas sebelum menaiki bas menuju ke Stesen Shizuoka. Perjalanan mengambil masa sekitar 20 minit dan delegasi tiba di stesen pada jam 5.35 petang. Seterusnya, pada jam 5.40 petang, delegasi zmendaftar masuk ke Hotel Associa Shizuoka untuk penginapan selama dua malam. Pada jam 7.00 malam, delegasi menghadiri majlis makan malam yang diadakan di restoran Hotel Associa Shizuoka.

Sesi makan malam dihadiri olehEncikAoki dan CikHarada dari Kazu Architect, Professor Yoichi Kajima, Dr Hikaru Kobori dari Universiti Shizuoka dan Encik Takeshi Masatsugu, pengurus besar Suzuyo, iaitu syarikat logistik yang akan kami lawati kesesokannya.


Hari ke 5 (10hb Jun) (Pelabuhan Shimizu dan Tokyo)

Pada pagi 10 Jun 2026, delegasi memulakan hari dengan sarapan pagi dan urusan daftar keluar hotel, sambil meninggalkan bagasi di kaunter simpanan hotel. Pada jam 9.00 pagi, delegasi menaiki kenderaan sewa khas yang menunggu di sebelah kiri pintu masuk utama hotel untuk bergerak ke ibu pejabat Suzuyo Co., Ltd.

Pada jam 9.30 pagi, delegasi mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Suzuyo serta sesi taklimat mengenai latar belakang syarikat Suzuyo dan peranan strategik Pelabuhan Shimizu dalam rangkaian logistik Jepun. Delegasi turut dibawa melawat Terminal Kontena Shimizu bagi melihat operasi pelabuhan, termasuk proses ketibaan dan pelepasan kapal kontena serta pengendalian kargo. Kami dibawa kebilikkawalan. Disitu ditunjukkan seramai 9 orang pekerja mengawal 26 buah kren secara kawalan jauh. Mereka menggunakan tiga skrin setiaporang. Selain itu, delegasi berpeluang menyaksikan operasi lumber devanning, iaitu proses mengeluarkan dan mengendalikan produk kayu yang diimport melalui kontena.

Lawatan ini berlangsung selama kira-kira satu jam tiga puluh minit dengan penglibatan pegawai dan kakitangan Suzuyo yang memberikan penerangan mengenai operasi logistik, perkapalan dan pengurusan rantaian bekalan di Pelabuhan Shimizu.

      

 

     

Alamat lawatan:

Suzuyo Co., Ltd.

1–3 Sakaecho, Aoi-ku, Shizuoka-shi, Shizuoka 420-0859, Japan.

Pelabuhan Shimizu (Shimizu Port Container Terminal)

Shimizu Port Container Terminal,

Shimizu-ku, Shizuoka-shi, Shizuoka Prefecture, Japan.

(Terminal kontena utama yang dikendalikan oleh Suzuyo terletak dalam kawasan Pelabuhan Shimizu di daerah Shimizu, Bandar Shizuoka.)

 

 

Selepas lawatan kami dibawa makantengahari oleh Suzuyo ke S-Pulse Dream Plaza untukmakandisebuah restoran sushi terkenal. Selepas makan tengah hari di, kami berkesempatan melawat Chibi Maruko-chan Land yang terletak di tingkat tiga kompleks tersebut. Muzium ini menampilkan dunia watak anime terkenal Chibi Maruko-chan yang berlatarkan kehidupan masyarakat Shimizu, sekali gus memperkenalkan salah satu ikon budaya popular yang berasal dari wilayah Shizuoka.

Selepas makan tengah hari pada pukul 12.00 tengah hari, delegasi mengambil bagasi pada pukul 1.00 petang sebelum bergerak ke Stesen Shizuoka pada pukul 1.20 petang. Pada pukul 1.41 petang, delegasi menaiki kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen Hikari 706 di Laluan JR Tokaido menuju ke Tokyo. Perjalanan selama kira-kira satu jam itu membawa delegasi tiba di Stesen Shinagawa pada pukul 2.35 petang.

Seterusnya, pada pukul 2.46 petang, delegasi meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta api Laluan Yamanote menuju ke Stesen Hamamatsucho dan tiba pada pukul 2.53 petang. Dari stesen tersebut, delegasi berjalan kaki selama kira-kira 10 minit menuju ke Hotel Sotetsu Fresa Inn Tokyo. Delegasi tiba dan mendaftar masuk ke hotel pada pukul 3.00 petang untuk penginapan satu malam di Tokyo.

Bangunan Port Plus- Yokohama

Pada pukul 5, kami mengambil kesempatan dengan masa yang terluang untuk ke Yokohama untuk melihat bangunan Port Plus, sebuah bangunan latihan milik Obayashi Corporation yang menjadi mercu tanda pembinaan kayu moden Jepun. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi meninjau aplikasi teknologi kayu kejuruteraan dalam pembinaan bangunan tinggi, termasuk aspek keselamatan kebakaran, kelestarian dan pengurangan karbon dalam sektor pembinaan. Port Plus (Obayashi Yokohama Training Center) merupakan bangunan latihan milik Obayashi Corporation yang terletak di Yokohama, Jepun. Ia siap dibina pada tahun 2022 dan terkenal sebagai bangunan tinggi kayu tahan api pertama di Jepun. Bangunan ini mempunyai 11 tingkat dengan ketinggian sekitar 44 meter, menggunakan struktur utama daripada kayu kejuruteraan seperti LVL dan CLT bagi mengurangkan jejak karbon serta menggalakkan penggunaan kayu tempatan Jepun.

Selain ruang latihan dan seminar, Port Plus turut menyediakan kemudahan penginapan untuk peserta latihan. Bangunan ini direka sebagai model pembinaan lestari dengan prestasi tenaga yang tinggi serta teknologi kayu tahan api yang dibangunkan oleh Obayashi.

Alamat: Port Plus, Yokohama, Kanagawa Prefecture 231-0007, Jepun. (woodsolutions.com.au

   

Hari ke 6 (11 hb Jun 2026)

Seawal 6 pagi sebahagian ahli delegasi telah pergi ke Stesen Shibuya untuk membeli belah. Pukul 10 pagi kami checkout meninggalkan hotel. Kami singgah di sebuah pondok Polis, Atago Police station di daimon kerana Dr Zaky harus membuat laporan kehilangan dompet serta dokumen peribadi beliau.

   

Seterusnya kami ke Hamamatsucho station untuk pergi ke Stesen Tokyo, kami tiba di stesen Tokyo lebih kurang pukul 10.30 pagi . Di stesen Tokyo, kami meletakkan beg yang besar di tempat peyimpanan beg dengan kadar 1000 yen sehari. Kemudian kami berpecah untuk membeli belah hari akhir di Jepun. Kami mengambil Keretapi Ekspres untuk ke Lapangan terbang.

Kami berlepas pulang dengan MH0071 yang dijadualkan pada 9.45 malam. Walaubagaimanapun, penerbangan telah diawalkan ke pukul 9.30malam. Kami tiba di KLIA pada pukul 4.11 pagi waktu Malaysia.

 

Laporan di siapkan pada pukul 4.21ptg, 17hb Jun 2026.

Comments

Popular posts from this blog

Kembara Pondok PIAS Gunung Lang: Lawatan Susulan Pondok PIAS

Report on PIAS Ipoh CIMB CSR Programme 18 July 2026